top of page

Hari Malaysia lambang persefahaman, kebersamaan rakyat

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
34 minutes ago
1 min read
Datuk Seri Fahmi Fadzil. Gambar arkib
Datuk Seri Fahmi Fadzil. Gambar arkib

Hari Malaysia mengingatkan seluruh rakyat bahawa pembentukan negara ini berasaskan persefahaman, kebersamaan dan tekad untuk melangkah sebagai sebuah Malaysia.


Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sejarah pembentukan Malaysia bukan milik mana-mana negeri, wilayah atau kelompok tertentu, sebaliknya merupakan kisah bersama seluruh rakyat.


"Cerita pembentukan Malaysia bukan milik satu negeri, satu wilayah atau satu kelompok. Ini cerita kita semua, dari Semenanjung, Sabah hingga Sarawak," katanya dalam muat naik di media sosial.


Beliau yang juga Ketua Penerangan KEADILAN berkata, semangat Segulai Sejalai perlu terus dihayati dalam usaha menghargai sejarah, memelihara perpaduan serta memastikan kemajuan dan kesejahteraan negara dapat dinikmati seluruh rakyat.


"Dalam semangat Segulai Sejalai, ayuh kita terus menghargai sejarah, memelihara perpaduan dan memastikan kemajuan serta kesejahteraan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat," katanya.


Fahmi berkata demikian menerusi perutusan sempena sambutan Hari Malaysia.


Beliau turut menyeru rakyat bersama-sama menjaga keharmonian dan keutuhan negara yang dibina atas kepelbagaian masyarakat serta wilayah.


"Selamat Hari Malaysia. Bersama kita jaga Malaysia yang kita cintai," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page