top of page

Galah sejengkal berilah kepada Anwar




Oleh A. Razak Ismail


Saya mengulas artikel 'Galah sejengkal' Tun Dr Mahathir yang ditulis oleh Dr Maszlee Malik baru-baru ini.


Bagi saya tiba masanya Dr Mahathir pula hulurkan galah sejengkal itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk kait buah tinggi di pokok. Masa Dr Mahathir sebagai 'pemegang utama' galah itu sudah berlalu.


Dr Mahathir sudah terketar-ketar pegang galah dan nampak azab sangat untuk mendongak bagi mengait buah-buah di pokok. Berilah 'nafas baru' kepada DSAI yang lebih 'bertenaga' untuk kerja mengait. Sekiranya ikhlas dan berjiwa besar maka sokonglah DSAI dari belakang berdasarkan 22 tahun Dr Mahathir mengait sebelum ini dan pengalaman berurusan dengan peraih dan pembeli yang sering membeli buah-buah itu.


Masa telah berlalu


Masa Dr Mahathir sudah berlalu. Tempoh memegang jawatan PM selama 22 bulan lalu adalah 'amanah' serta konsensus persetujuan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk beliau pikul dan bukan 'hak mutlak' beliau untuk berbuat sesuka hati dalam jawatan PM tersebut.


Itu yang rakyat lihat apabila Dr Mahathir tanpa sebarang rundingan atau perbincangan dengan kepimpinan PH telah mengadap Yang Dipertuan Agong menyerahkan surat perletakan jawatannya. Keesokan harinya kesemua jemaah Menteri termasuk TPM Kak Wan Azizah 'terpelanting' keluar dari Putrajaya. Itu 'hadiah' terbaik dan balasan Dr Mahathir kepada PH yang memilih beliau sebagai PM. Hal itu 'menjengkelkan'.


Semasa mahu mendekati PH sebelum PRU 14, beliau dengan beberapa kuncu-kuncunya melancarkan 'Deklarasi Rakyat' dan mengumpul berjuta-juta helaian 'petisyen' yang dicurigai 'kesahihannya' untuk menunjukkan kononnya mendapat sokongan rakyat atas daya usaha menentang PM Najib Razak ketika itu.


Tunaikan janji


Sampai satu ketika beliau sanggup 'gate crash' (rempuhan majlis) ke program Konvensyen Reformis pada 2017 untuk meraih simpati dan sokongan kalangan Reformis. Walau bagaimana pun semasa berucap di pentas beliau di'boo' oleh hadirin .


Ringkasnya Dr Mahathir semasa susah berpaut di mana saja dahan untuk bergantung tetapi apabila sudah senang bukan saja lupa kepada dahan tetapi sebaliknya mula menakik pohon tempat beliau berteduh.


Sewajarnya inilah masanya Dr Mahathir 'menunaikan janji' menyerahkan jawatan PM itu kepada DSAI setelah melakukan langkah sumbang hingga jatuhnya Kerajaan PH di Putrajaya Februari lalu, dan bukannya meraih simpati dalam kalangan pimpinan PH untuk 'diberi peluang kedua' menjadi PM bagi tempoh 6 bulan lagi seperti digembar gemburkan oleh media.


Mungkin pimpinan PH mengidamkan jawatan-jawatan Menteri di Putrajaya dan rela menyerahkan kembali jawatan PM kepada Dr Mahathir. Namun apakah 'guarantee' Dr Mahathir tidak meletakkan jawatan sekali lagi secara mengejut dan Menteri-menteri tadi 'tidak terpelanting' lagi kali kedua.


Pada pandangan Otai Reformis 1998, membantu Dr M seperti 'melepaskan anjing tersepit'. Perumpamaan Melayu : "Jangan biarkan pisang berbuah dua kali".


Lazimnya telahan Otai lebih tepat kerana Otai tiada kepentingan ke Putrajaya berbanding sesetengah pimpinan PH yg gagal berpegang kepada prinsip perjuangan serta lebih mengutamakan kerusi Menteri di Putrajaya itu.


__________________________________________________________________________________


Abdul Razak merupakan Setiausaha Otai Reformis 98

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page