FSKS 2026: Pupuk perkembangan kanak-kanak menerusi sastera
- Suara Keadilan

- 4 hours ago
- 1 min read

Kerajaan Selangor terus memperkukuh perkembangan kanak-kanak menerusi pembacaan yang dapat memupuk fokus, imaginasi dan pemikiran kritis sejak usia muda.
Exco Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, usaha tersebut dilaksana antaranya menerusi penganjuran Festival Sastera Kanak-Kanak Selangor (FSKS) 2026 yang berlangsung sehingga 31 Ogos ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Menurut Anfaal, buku sastera kanak-kanak bukan sekadar bahan bacaan, sebaliknya berperanan membantu membentuk ketenangan emosi serta merangsang daya pemikiran kritis.
"Islam sendiri amat menekankan aspek pembacaan dan pencarian ilmu. Justeru, program ini membawa mesej mendalam bahawa setiap anak dilahirkan dengan keunikan dan potensi tersendiri.
"Ia selari dengan prinsip ‘No One Left Behind’ yang menjadi komitmen Kerajaan Negeri untuk menyediakan ekosistem inklusif supaya setiap kanak-kanak mendapat peluang yang saksama," katanya.
Festival bertemakan ‘Meraikan Setiap Cerita Kanak-Kanak’ itu menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan pembacaan, kreativiti dan penghasilan karya sebagai usaha memperkukuh budaya membaca serta meningkatkan literasi kanak-kanak.
Hampir 200 program disediakan sepanjang festival dengan penyertaan lebih 100 pempamer daripada pelbagai bidang.




Comments