top of page

Dua PM Malaysia pernah diusul Undi Percaya di Parlimen


Oleh: Fahmi Fadzil Di Malaysia, pernah berlaku dua kali sebelum ini di mana seorang Perdana Menteri yang dilantik bukan sejurus selepas PRU: 1) Datuk Hussein Onn, pada 15 Januari 1976, bagi menggantikan Tun Abdul Razak yang telah meninggal dunia; dan 2) Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada 31 Oktober 2003, bagi menggantikan Tun Dr Mahathir yang meletakkan jawatan. Dalam dua insiden ini, kedua-duanya menyaksikan sokongan Ahli-Ahli Dewan Rakyat terhadap lantikan tersebut diuji melalui satu usul sokongan atau kepercayaan yang dibawa oleh seorang Ahli Dewan Rakyat. Bagi Datuk Hussein Onn, usul telah dibentang dan diluluskan pada 27 Januari 1976 (12 hari selepas dilantik).

Bagi Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, usul telah dibentang dan diluluskan pada 3 November 2003 (3 hari selepas dilantik). Usul sokongan ini dilihat penting kerana kejadian tersebut berbeza dari ketika seorang Perdana Menteri dilantik sejurus selepas PRU, di mana pada ketika itu beliau memang merupakan ketua parti yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai. Dua duluan (precedent) di atas ini menjadi landasan dan kayu ukur bagi perkara-perkara serupa yang berlaku di masa depan di Parlimen. Malangnya, dalam kejadian ketiga peralihan kuasa dalam sejarah 61 tahun Parlimen Malaysia, seorang Ketua Majlis (Perdana Menteri) yang dipercayai mungkin mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat masih belum diuji dan disahkan sokongan tersebut. Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik pada 1 Mac 2020, namun sehingga hari ini iaitu 82 hari kemudian sokongan tersebut masih belum dapat disahkan. Ditambah pdengan dua insiden yang menimbulkan keraguan terhadap sokongan yang dikatakan beliau miliki: (1) Ahli Parlimen Sri Aman, YB Masir Kujat, mengatakan beliau tidak menyokong Kerajaan dan bersama Pembangkang; dan (2) GPS menafikan kenyataan bersama yang meletakkan nama mereka sebagai sebahagian dari blok Perikatan Nasional yang menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Inilah antara sebab mengapa ramai yang persoalkan keabsahan kedudukan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sekarang. Mungkin peluang berikutnya untuk menguji sokongan beliau akan tiba 134 hari selepas beliau dilantik, iaitu pada 13 Julai bila Parlimen bersidang semula. Atau mungkin lebih awal dari itu?

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page