top of page

Dr Zaliha nasihat pelajar baharu KMJ manfaatkan peluang pengajian IPT

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
Jun 10
1 min read
DS Dr Zaliha (berbaju warna krim) berswafoto bersama pelajar Kolej Matrikulasi Johor
DS Dr Zaliha (berbaju warna krim) berswafoto bersama pelajar Kolej Matrikulasi Johor

Pelajar baharu yang memulakan pengajian di pusat pengajian tinggi diseru memanfaatkan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya bagi membina masa depan yang cemerlang.


Pesan tu disampaikan Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Zaliha Mustapha selepas mewakili Menteri Pendidikan menyantuni pelajar yang melapor diri di Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak bagi memulakan perjalanan baharu dalam dunia pendidikan tinggi.


Menurut Dr Zaliha, kejayaan menempatkan diri di institusi berkenaan merupakan hasil usaha gigih, disiplin yang tinggi serta sokongan berterusan daripada ibu bapa dan keluarga.


"Gunakanlah peluang keemasan ini sebaik-baiknya, teruskan berusaha, tingkatkan ilmu dan kemahiran, serta bentuk sahsiah yang baik.


"Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya hasil pengorbanan dan doa ibu bapa yang sentiasa mengiringi perjalanan anak-anak," katanya menerusi dalam hataran di media sosial.


Kolej Matrikulasi Johor merupakan kolej matrikulasi terawal ditubuhkan di Malaysia terus memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan berkualiti untuk negara.


Pada sesi pengambilan kali ini, seramai 1,500 pelajar baharu mendaftar di kolej tersebut, menjadikan keseluruhan warga kolej kira-kira 3,000 pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Sains, Perakaunan dan Sains Komputer.


Dr Zaliha yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor menerusi hantaran sama mendoakan agar semua pelajar dipermudahkan urusan menuntut ilmu, mencapai kecemerlangan dalam akademik serta menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page