top of page

Dr Maszlee seru Johor kembalikan skim air percuma untuk rakyat

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
23 minutes ago
1 min read
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menyeru Kerajaan Johor mempertimbang semula pelaksanaan Skim Air Percuma Sejagat bagi meringankan beban rakyat di negeri itu.


Menurutnya, sebahagian hasil dan kemakmuran negeri wajar dikembalikan kepada rakyat melalui inisiatif kebajikan yang memberi manfaat secara langsung.


"Johor juga pernah melaksanakan skim ini sebelum ini dan mungkin boleh ditambah baik untuk kali ini.


"Hari ini duit banyak, kalau hendak ikutkan boleh pulangkan kembali kepada rakyat melalui air percuma. Kalau kita boleh beri air kepada pusat data, kenapa tidak boleh berikan air kepada rakyat?" katanya dipetik laporan media.


Johor pernah memperkenalkan skim air percuma khususnya untuk golongan B40 ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018.


Dalam perkembangan sama, Dr Maszlee turut membangkitkan isu gangguan bekalan air yang berulang di Taman Daya sejak dua bulan lalu, yang disifatkan menjejaskan rutin harian serta keselesaan penduduk setempat.


Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pihak berkuasa mempertimbangkan pemberian diskaun bil air atau pampasan khas kepada pengguna yang terkesan sebagai langkah meringankan beban mereka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page