top of page

Kabinet setuju perluas kawalan keselamatan di pangkalan udara

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
11 minutes ago
1 min read
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Jemaah Menteri telah bersetuju supaya kawalan keselamatan diperketat dan diperluas ke pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu susulan pembongkaran kegiatan penyeludupan dadah rentas sempadan menggunakan aset ketenteraan yang tular baru-baru ini.


"Dengan insiden ini, Jemaah Menteri bersetuju dengan syor yang dibentangkan Kementerian Dalam Negeri, yang saya bentangkan supaya perkara itu dilaksanakan segera," katanya dipetik.


Saifuddin berkata begitu pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Wira MADANI dan Santuni MADANI Jabatan Imigresen Malaysia 2026 di Baling, Kedah pada Sabtu.


Saifuddin di Dewan Rakyat pada Khamis mendedahkan, tiga tan dadah disyaki methamphetamine (syabu) bernilai RM156 juta dikenal pasti diseludup keluar melalui dua pangkalan TUDM di Sabah dan Labuan sejak Ogos 2024.


Kegiatan itu dikesan menerusi risikan berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mengenal pasti 21 transaksi penyeludupan dadah melalui kedua-dua pangkalan berkenaan.


Saifuddin semantara itu berkata, kawalan keselamatan di pintu masuk negara meliputi laluan darat, laut dan udara, namun tidak merangkumi pangkalan udara TUDM.


Manakala pelaksanaan kawalan keselamatan di lokasi strategik pertahanan berbeza daripada prosedur kawalan di pintu masuk negara lain seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page