top of page

Dr Maszlee jamin calon HARAPAN berintegriti, berkhidmat untuk rakyat

  • Writer: Sidiqin Omar
    Sidiqin Omar
  • 12 hours ago
  • 2 min read
Dr Maszlee berucap menegaskan calon PH yang terbaik untuk Bangsa Johor pada 11 Julai ini
Dr Maszlee berucap menegaskan calon PH yang terbaik untuk Bangsa Johor pada 11 Julai ini

Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan barisan calon yang ditampilkan berintegriti, bebas daripada rasuah serta komited berkhidmat sepenuh masa kepada rakyat sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Calon Harapan DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, calon-calon yang diketengahkan dipilih berdasarkan kemampuan untuk menjadi wakil rakyat yang benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat, bukannya kepentingan peribadi.


"Apa yang saya boleh jamin, pada pilihanraya kali ini, Pakatan Harapan memberikan calon-calon yang terbaik untuk menjadi wakil rakyat pilihan tuan-tuan dan puan-puan.


"Kita akan pastikan wakil rakyat kita tidak akan ambil rasuah dan mereka akan bekerja pagi, petang, siang dan malam untuk rakyat," katanya ketika berucap di ceramah "Yok Merahkan Johor, Undi Harapan di Puteri Wangsa" malam tadi.


Maszlee yang disebut sebut media sebagai poster boy bagi PH berkata, sekiranya gabungan itu diberi mandat untuk mentadbir Johor, kerajaan negeri akan menambah baik sistem penyampaian bantuan supaya lebih cekap, bermaruah dan mesra rakyat tanpa memaksa penerima beratur panjang untuk mendapatkan bantuan.


Sokongan padu ditunjukkan oleh pengundi untuk Dr Maszlee merampas DUN Puteri Wangsa
Sokongan padu ditunjukkan oleh pengundi untuk Dr Maszlee merampas DUN Puteri Wangsa

Menurut beliau, pengalaman pentadbiran di Selangor membuktikan bantuan kebajikan boleh disalurkan terus ke akaun penerima, sekali gus mengelakkan golongan warga emas dan keluarga memerlukan daripada menunggu lama dalam keadaan tidak selesa.


"Kita tidak akan biarkan ibu bapa, nenek, datuk atau warga emas terpaksa beratur panjang untuk mengambil bantuan Kasih Johor. Rakyat Johor ada maruah dan harga diri.


"Kita belajar daripada Selangor. Bantuan boleh dimasukkan terus ke dalam akaun. Tak perlu beratur panjang dan menunggu di bawah panas untuk mengambil bantuan. Rakyat adalah tuan, rakyat bukan hamba," katanya.


Beliau turut menegaskan rakyat Johor berhak menerima layanan yang lebih baik daripada kerajaan, selain tidak wajar diperkotak-katikkan atau dipergunakan untuk kepentingan politik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page