top of page

Dr Maszlee beri perhatian isu banjir kilat, warga asing

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 day ago
  • 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N41 Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik akan segera mengajukan masalah anak sungai dan parit sekitar kawasan berkenaan kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.


Menurut bekas Menteri Pendidikan itu, masalah banjir menghantui penduduk di sekitar Kangkar Tebrau setiap kali hujan


Dr Maszlee menunjukkan lokasi anak sungai
Dr Maszlee menunjukkan lokasi anak sungai

"Parit dan anak sungai tidak diselenggara, penuh dengan rumput apabila hujan lebat, air akan naik.


"Lebih memburukkan, parit ini dekat dengan sekolah, dan waktu hujan lebat akan berlaku banjir di sekeliling sekolah berkenaan," katanya menerusi laman Facebooknya.


Maszlee sementara itu memberitahu, tinjauan dilakukan susulan permintaan dan aduan penduduk Kangkar Tebrau tentang masalah banjir yang sering berlaku apabila hujan.


"Mereka minta saya telusuri apa sebabnya banjir berlaku. Insya-Allah, perkara macam ini saya ambil berat,


"Saya berterima kasih kepada penduduk dan saya akan mengajukan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membantu rakyat menyesaikan masalah ini," katanya.


Dr Maszlee sementara itu memaklumkan turut menerima aduan kebanjiran warga asing dan penduduk mahu isu tersebut diselesaikan.


Justeru beliau turut memberi komitmen untuk membincangkan isu tersebut bersama agensi berkaitan.

"Kebanjiran warga asing di sini telah menimbulkan keresahan penduduk tempatan dan saya akan bincangkan agensi terlibat untuk cari jalan penyelesaian," ujarnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page