top of page

Dr Maszlee bergerak ke pusat penamaan calon DUN Puteri Wangsa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read
Dr Maszlee (dua dari kanan) diiringi DS Saifuddin dan DS Amirudin. Foto kredit: FB Saifuddin
Dr Maszlee (dua dari kanan) diiringi DS Saifuddin dan DS Amirudin. Foto kredit: FB Saifuddin

Calon Pakatan Harapan dari KEADILAN, Dr Maszlee Malik yang merupakan antara calon heavyweight dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pagi ini bergerak ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Dato Onn pada pukul 8.10 pagi.


Mengiringi Dr Maszlee adalah Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama beberapa ratus penyokong gabungan itu.


Di depan pusat penamaan calon juga kelihatan calon parti Muda, Rashifah Aljunie, tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 8.20 pagi.


Beliau diiringi Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz yang juga penyandang DUN Puteri Wangsa, bersama penyokong parti.


Calon BN juga kelihatan tiba di pusat penamaan calon berkenaan dengan diringi para penyokong mereka.


Bagaimanapun, Dr Maszlee menjadi tumpuan media hari ini kerana dianggap sebagai 'poster boy' PH dalam beberapa laporan media sebelum ini, dan berpotensi diangkat sebagai calon Menteri Besar Johor sekiranya PH berjaya memperoleh majoriti mudah dan membentuk kerajaan negeri.


PRN Johor kali ini menyaksikan pertandingan bagi kesemua 56 kerusi DUN, dengan hari penamaan calon berlangsung hari ini sebelum pengundian awal diadakan pada 7 Julai, manakala hari mengundi ditetapkan pada 11 Julai.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page