top of page

Doktor junior: KKM akan keluar pekeliling garis panduan had waktu kerja

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 8
  • 1 min read

Pekeliling baharu berkaitan garis panduan tempoh had waktu bekerja bagi pegawai perubatan siswazah (PPS) akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berharap pekeliling baharu itu akan dapat menambah baik urus tadbir waktu bekerja fleksibel yang sedia ada mengikut peraturan ditetapkan di fasiliti kesihatan negara.


Ia juga bagi memastikan kebajikan doktor junior terpelihara supata peranan mereka tidak sepatutnya dilihat sebagai 'tenaga kerja tambahan'.


"Pekeliling garis panduan yang baharu akan dikeluarkan untuk memperkukuh hal yang terkait dengan waktu bekerja PPS dan perkara ini dalam perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Mahathar Abd Wahab," kata dipetik.


Terdahulu, Malaysian Medics International (MMI) menerusi laporannya yang mendakwa golongan doktor junior di negara ini bekerja antara 65 hingga 85 jam seminggu.


Jumlah waktu kerja tersebut jelas MMI adalah jauh lebih tinggi berbanding negara lain termasuk United Kingdom (UK) dan Ireland.


Dalam perkembangan berkaitan, Dr Dzulkefly berkata Majlis Perubatan Malaysia (MPM) akan meneliti perubahan dasar susulan pelaksanaan Akta Latihan Perubatan (Keutamaan) 2026 oleh United Kingdom (UK) yang mengubah syarat kemasukan ke Program Foundation (FY1/FY2).


Beliau berkata Dr Mahathar selaku Presiden MPM akan memperhalusi perkara itu dan mencari jalan penyelesaian bagi kira-kira 850 pelajar perubatan Malaysia di Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) yang berdepan ketidakpastian masa depan susulan pelaksanaan dasar itu.


"MPM ingin menegaskan bahawa proses pendaftaran dan pengiktirafan graduan perubatan di Malaysia tertakluk kepada peruntukan Akta Perubatan 1971 serta peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.


"Segala keputusan berkaitan pendaftaran, latihan dan kelayakan profesional dilaksanakan berdasarkan keperluan statutori dan piawaian yang ditetapkan oleh MPM," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page