top of page

Diplomasi Malaysia 'Soft Power Dunia Islam' - Dr Zulkifli Hasan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 22
  • 2 min read

DS Anwar mempunyai hubungan baik dengan PM  Shehbaz Sharif dan mampu merundingkan perdamaian
DS Anwar mempunyai hubungan baik dengan PM Shehbaz Sharif dan mampu merundingkan perdamaian

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan, menzahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan Malaysia memainkan peranan penting sebagai pemudahcara konflik antara Thailand dan Kemboja beberapa bulan lalu, sekali gus memperlihatkan kekuatan diplomasi “soft power” negara ini di pentas antarabangsa.


"Malaysia telah menunjukkan kepada dunia peranan soft power Malaysia sebagai pemudahcara konflik antara Thailand dan Kemboja," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, pencapaian tersebut membuktikan Malaysia sebagai negara Islam contoh yang berjaya menjadi jambatan keamanan bagi dua negara yang majoriti penganut Buddha.


"Setakat pengetahuan saya, Malaysia satu-satunya negara Islam yang berjaya memainkan peranan strategik dan mendapat pengiktirafan bagi memudahcarakan penyelesaian konflik secara aman antara dua negara Majoriti Bukan Muslim," ujarnya.

Sejarah Anwar waktu memimpin ABIM pernah membantu rakyat Afghanistan yang diserang Soviet Union
Sejarah Anwar waktu memimpin ABIM pernah membantu rakyat Afghanistan yang diserang Soviet Union

Dalam masa sama, beliau memuji prestasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang terus memperkukuh peranan negara sebagai peneraju diplomasi serantau.


"Malaysia telah memperlihatkan prestasi hebat sebagai Pengerusi ASEAN," tambahnya.


Sehubungan itu, Dr Zulkifli turut menyatakan harapan agar pengaruh dan pendekatan Malaysia dapat diterjemahkan dalam konteks ketegangan antara Pakistan dan Afghanistan bagi membantu ke arah keamanan dan kestabilan di rantau tersebut.


"Semoga pengaruh Malaysia juga dapat memainkan peranan strategik dan signifikan ke arah penyelesaian konflik secara aman dan damai. Moga keamanan dan kestabilan di Pakistan dan Afghanistan dapat dicapai sepenuhnya," katanya.


Dalam kenyataan sama, beliau turut mengimbas sejarah panjang perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam menyuarakan isu-isu antarabangsa, termasuk perjuangan rakyat Afghanistan sejak era pencerobohan Soviet Union.


"PMX mempunyai sejarah panjang dalam siri advokasi perjuangan Afghanistan sedari dulu hingga kini. Beliau aktif membawa suara umat Islam dalam isu-isu antarabangsa serta menjalin hubungan erat dengan tokoh-tokoh dan gerakan Islam global termasuk menyokong perjuangan rakyat Afghanistan sejak era pencerobohan Soviet Union," jelas Dr Zulkifli lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page