top of page

Dialog Malaysia–Indonesia perkukuh sinergi ekonomi, keilmuan Nusantara

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 1
  • 1 min read
DS Dr Mujahid memberikan kata kata aluan dalam dialog perniagaan Malaysia dan Indonesia
DS Dr Mujahid memberikan kata kata aluan dalam dialog perniagaan Malaysia dan Indonesia

Dialog perniagaan melibatkan Malaysia dan Indonesia mampu memperkukuh kerjasama ekonomi serta jaringan keilmuan di rantau Nusantara, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.


Katanya, pertemuan tersebut diadakan sempena lawatan kerja Ketua Pengurus Besar Nahdlatul Ulama, Ulil Abshar Abdalla ke Malaysia yang membuka ruang perbincangan luas antara kedua-dua negara.


"Kehadiran beliau membuka ruang dialog yang luas dalam memperkukuh hubungan keilmuan dan pemikiran antara Malaysia dan Indonesia, khususnya di rantau Nusantara yang berkongsi sejarah dan peradaban yang dekat," ujarnya dalam muat naik di media sosial.


Dialog yang membuka luas ruang perniagaan dan kelilmuan Malaysia - Indonesia
Dialog yang membuka luas ruang perniagaan dan kelilmuan Malaysia - Indonesia

Pertemuan itu turut disertai Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang dipimpin Syed Hussien Alhabshee, sekali gus menghimpunkan tokoh ilmuwan dan pemain industri dalam satu platform strategik.


Menurut Dr Mujahid, pelbagai pembentangan telah diketengahkan meliputi sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan serta transformasi digital.


"Perbincangan turut memberi penekanan khusus kepada perkembangan Artificial Intelligence yang kini menjadi pemacu utama perubahan global, serta bagaimana umat Islam perlu bersedia menguasai teknologi ini secara beretika dan berteraskan nilai," katanya.


Tambah Senator Dewan Negara itu, dialog tersebut menjadi langkah awal ke arah membina sinergi lebih kukuh antara dunia keilmuan dan sektor ekonomi di rantau ini.


"Pertemuan ini bukan sekadar perkongsian idea, tetapi menjadi langkah awal ke arah membina sinergi yang lebih kukuh antara dunia keilmuan dan sektor ekonomi. Semoga usaha seperti ini terus diperkasakan demi melahirkan masyarakat yang seimbang dari sudut ilmu, ekonomi dan teknologi di rantau Nusantara," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page