top of page

Derma diperlukan bawa pulang rakyat Malaysia di India



Kutipan derma sejumlah lebih RM200,000 diperlukan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di India, Neduianseleyan yang mengalami masalah jantung.


Kempen yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung sejak beberapa hari lalu sehingga kini masih belum mengumpul jumlah yang cukup bagi membawa pulang ayah kepada Yuguneswaran tersebut, yang memohon bantuan dalam lawatan Chean Chung dan ADUN Sri Setia, Halimey Abu Bakar ke rumahnya minggu lalu.


"Jumlah ini masih belum mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan membawa pulang Encik Nedu ke Malaysia.


"Saya mohon rakyat rakyat Malaysia untuk membantu bersama sama. Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yuguneswaran," kata Chean Chung di Facebooknya.


Bagi rakyat Malaysia prihatin, mereka boleh menderma ke akaun 6488649812, Public Bank di atas nama Yuguneswaran.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page