top of page

Dasar wanita, golongan rentan di Selangor bakal diperkukuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

Dasar berkaitan wanita dan komuniti rentan di Selangor bakal diperkukuh melalui penambahbaikan dasar serta kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan.


Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari (gambar) berkata perkara itu telah dibincangkan ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan.


"Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkasa wanita termasuk penambahbaikan Undang-Undang Keluarga Islam serta persiapan penganjuran Gender Outlook Forum (GOF) yang dijadual berlangsung pertengahan tahun ini.


"Kami turut membincangkan peranan agensi agama dalam menangani keganasan berasaskan gender (GBV) termasuk isu femisid yang semakin membimbangkan.


"Cadangan penubuhan Jawatankuasa Orang Kurang Upaya (OKU) Islam Kebangsaan turut dikemukakan sebagai platform lebih tersusun bagi memperkasakan komuniti ini," katanya dipetik.


Dalam pertemuan itu, Anfaal turut menyatakan penghargaan atas inisiatif kementerian itu yang melancarkan Fiqh Autisme bagi memastikan golongan itu mendapat akses pendidikan agama dan kefahaman ibadah yang lebih inklusif.


Menyifatkan ia sebagai langkah penting dalam meningkatkan kefahaman serta pendekatan lebih inklusif terhadap komuniti autisme, Kerajaan Selangor juga jelasnya turut menggerakkan usaha yang selari dengan perancangan di peringkat kementerian sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page