Oleh: R Yuneswaran
Petang ini saya ke pasar malam dan sempat berbual dengan beberapa peniaga.
Rintihan, keluhan dan kebimbangan peniaga khususnya kekurangan jualan di pasar malam amat serius dan ketara. Suasana Pasar malam tidak seperti dulu, di mana penuh dengan kunjungan pelangan dan kini pendapatan untung bersih hanya cukup sekadar menampung kos sahaja.
Selepas hampir 1 tahun 2 bulan Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan Mac 2020 yang lalu, Kerajaan PN telah menggunakan semua taktik dari PKP 1.0, PKP 2.0, PKP 3.0 dan Darurat tetapi kerajaan masih gagal mengawal peningkatan kes dan pemulihan sepenuhnya dari pandemik wabak virus Covid 19.
Jumlah kes terbaru sebanyak 6,075 dan 46 kematian walaupun PKP 3.0 dan Darurat masih dalam pengguatkuasaan.
Apa faedah ulang perkara gagal?
Apa gunanya jika melaksanakan sesuatu undang-undang, SOP dan kaedah berulang kali dan terang-terang tidak menghasilkan keputusan yang kerajaan mahukan? You can't expect different result by doing the same thing again and again.
Kerajaan PN perlu bertindak segera dalam menangani isu peningkatan kes yang semakin mendadak, perlu membuat suntikan dana kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melengkapkan kemudahan di semua hospital kerajaan, keutamaan sekarang adalah "Public Health" dan "Healthcare system".
Ia tidak bermaksud mengabaikan pendapatan negara atau pemulihan ekonomi. Kalau rakyat bebas dari jangkitan maka mereka akan mula menjana ekonomi semula atau mudah difahami " Economic Circle" kitaran ekonomi akan kembali seperti normal.
Kitaran ekonomi adalah proses turun naik ekonomi antara tempoh pengembangan (pertumbuhan) dan penguncupan (kemelesetan). Faktor seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kadar faedah, jumlah pekerjaan dan perbelanjaan pengguna, dapat membantu menentukan tahap kitaran ekonomi semasa.
Sambung subsidi rakyat
Kerajaan PN juga harus sambung moratorium, GKP, I-Sinar, I-Lestari dan bantuan kewangan kepada semua golongan termasuk peniaga kecil-kecilan.
Kerajaan PN mempunyai 70 orang menteri, cadangan pertama adalah potong gaji mereka atau minimakan saiz kabinet tanpa Timbalan Menteri dan hanya kekalkan kementerian yang releven untuk buat masa kini.
Kalau perlu buat total lockdown, sila laksanakan sebelum keadaan menjadi parah dan rumit. Harap semua sentiasa menjaga SOP dan jaga Kesihatan. Rakyat Jaga Rakyat.
______________________________________________________________________________
Penulis merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor dan Penyelaras KEADILAN Parlimen Segamat
Comments