Coffee Time perhalusi strategi kempen PH di DUN Puteri Wangsa


Oleh: ShaifulAnnuar Sulaiman
Sesi Coffee Time bersama pimpinan KEADILAN Tebrau dijadikan platform memperhalusi strategi dan menyelaras gerak kerja kempen bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) di kerusi N41 DUN Puteri Wangsa pada pilihan raya negeri (PRN) Johor kali ini.
Program semalam itu menghimpunkan Ketua Cabang KEADILAN Tebrau, Prakash Maniam, Ahli Biro Politik KEADILAN Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz serta calon PH bagi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana santai memberi ruang kepada pimpinan bertukar pandangan mengenai perkembangan politik semasa, selain memperhalusi strategi kempen bagi menghadapi hari pengundian.
Perbincangan turut menekankan kepentingan memperkukuh koordinasi jentera di semua Daerah Mengundi (DM), memperluaskan jaringan sokongan serta memperhebat usaha mendekati seramai mungkin pengundi sepanjang tempoh kempen.
DUN Puteri Wangsa merupakan kawasan yang mempunyai jumlah pengundi tertinggi di Johor iaitu seramai 128,823 orang, sekali gus memerlukan gerak kerja yang lebih tersusun, menyeluruh dan bersepadu.
Justeru sesi berkenaan mencerminkan kesungguhan pimpinan dan jentera KEADILAN Tebrau untuk terus bekerja rapat dengan masyarakat serta menggembleng seluruh kekuatan bagi merealisasikan kemenangan di DUN Puteri Wangsa.




I always like checking the full menu before deciding what to order, especially when there are so many donut, coffee, and drink options. I found this useful resource for exploring the latest Dunkin menu and different categories: https://ddonutsusa-menu.com/