top of page

Ceramah Kelompok Gombak perkukuh penerangan isu semasa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 2 min read
Pimpinan KEADILAN memberi ceramah kelompok di Gombak
Pimpinan KEADILAN memberi ceramah kelompok di Gombak

Hampir 100 orang terdiri daripada pimpinan, ahli parti dan masyarakat setempat menghadiri Ceramah Kelompok bertemakan “Sedar: Selamatkan Dana Rakyat” anjuran Biro Penerangan dan Komunikasi Cabang KEADIAN Gombak, malam tadi.


Program yang berlangsung di Warung Pakegom, Taman Samudera Barat, DM Selasih, DUN Gombak Setia itu turut disertai ahli majlis, ketua kampung, ketua komuniti, ketua KKI serta masyarakat setempat.


Menurut Biro Penerangan dan Komunikasi Cabang Gombak, program berkenaan menjadi wadah memperkukuh hubungan antara pimpinan dengan akar umbi di kawasan terbabit.


"Program berlangsung dalam suasana santai tetapi bersemangat, menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan antara pimpinan dengan akar umbi, di samping menyampaikan penerangan berkaitan isu semasa, isu Tabung Haji serta agenda perjuangan KEADILAN," kata kenyataan itu.


Antara pimpinan dan penceramah yang berkongsi pandangan serta amanat malam tadi ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Rahim Kasdi; Timbalan Ketua Cabang Gombak, Faizal Ismail; Ketua Penerangan dan Pengarah Komunikasi Cabang Gombak, Datuk Hazmimi Johar serta Ketua AMK Cabang Gombak, Abdul Haris Harahap.


Anggota KEADILAN, PH dan masyarakat setempat mendengar penerangan dari pimpinan
Anggota KEADILAN, PH dan masyarakat setempat mendengar penerangan dari pimpinan

Turut menyampaikan perkongsian ialah Ahli Lembaga Disiplin KEADILAN Pusat, Ahmad Lutfi Mohammad Noor; Pengarah Komunikasi Negeri Selangor, Dr Fauzi Fadzil serta Ketua Ranting Taman Selasih, Mazlan Musa.


Menurut kenyataan itu lagi, perkongsian yang disampaikan membuka ruang kepada ahli dan masyarakat untuk memahami dengan lebih jelas isu-isu semasa selain peranan penerangan dan komunikasi dalam memperkukuh gerak kerja parti di peringkat akar umbi.


"Ceramah Kelompok ini diharapkan terus menjadi platform untuk memperkukuh semangat, kesatuan dan kesiapsiagaan jentera Cabang Gombak, khususnya dalam memastikan maklumat dapat disampaikan secara tepat, berkesan dan dekat dengan masyarakat," katanya.


Program berakhir dalam suasana penuh kemesraan dengan semangat untuk terus bergerak bersama serta membawa suara rakyat di peringkat komuniti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page