Ceramah kelompok DM Puteri Wangsa 1 dapat sambutan menggalakkan
- Suara Keadilan

- 14 hours ago
- 1 min read

Oleh: ShaifulAnuar Sulaiman
Ceramah Kelompok bagi Daerah Mengundi (DM) Puteri Wangsa 1 berlangsung dengan lancar serta menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat malam tadi.
Program itu menampilkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik (gambar) yang berkongsi aspirasi serta hala tuju dengan pengundi sekiranya diberi mandat pada 11 Julai ini.

Beliau berharap pengundi akan memberikan sokongan dan mandat bagi membolehkan agenda pembangunan serta kebajikan rakyat di Puteri Wangsa diperkasakan.
Ceramah berkenaan turut dihadiri Ketua Cabang KEADILAN Tebrau, Prakash Maniam, mantan Ahli Parlimen Kapar yang juga Pengerusi TEKUN, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, serta Datin Hajah Faezah Ariffin yang hadir memberikan sokongan kepada kempen PH di kawasan itu.
Dr Maszlee turut menyatakan komitmennya untuk terus mendekati rakyat sepanjang tempoh berkempen bagi mendengar pandangan dan keperluan masyarakat setempat.




Comments