top of page

Calon PRN: Kukuhkan diri, perbetul niat, bawa perubahan kepada rakyat

  • Writer: Noraini Nordin
    Noraini Nordin
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Sorotan Khas PRN Johor: Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyeru seluruh rakyat Johor agar terus mendoakan kejayaan usaha dan perjuangan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung pada 11 Julai depan.


Menurut beliau, walaupun persaingan kali ini dijangka sengit, seluruh jentera dan calon PH perlu terus memperkukuhkan diri serta memperbetulkan niat dalam usaha membawa perubahan dan kebaikan kepada rakyat.


"Saya hanya minta semua mendoakan kita. Kita mahu melakukan perkara yang baik untuk rakyat. Walaupun cabarannya sangat sengit, kita perlu terus memperkukuhkan diri, memperbetulkan niat dan yakin bahawa ada hikmah di sebalik segala yang berlaku," kata Nurul Izzah.

Nurul menyatakan pandangannya kepada Noraini
Nurul menyatakan pandangannya kepada Noraini

Beliau berkata demikian ketika mengakhiri sesi temu bual khas bersama penulis selepas menghadiri program bersama jentera parti serta pertemuan dengan calon-calon KEADILAN yang bertanding dalam PRN Johor kali ini.


Nurul Izzah menegaskan bahawa perjuangan politik tidak seharusnya hanya dilihat dari sudut persaingan semata-mata, sebaliknya sebagai satu amanah besar untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan negeri.


Nurul turut berharap seluruh calon serta petugas parti dapat mengekalkan semangat positif sepanjang kempen PRN Johor, memperkukuh perpaduan dan meneruskan usaha mendekati rakyat .


Katanya, setiap cabaran yang dihadapi mempunyai hikmah tersendiri dalam perjalanan politik dan perjuangan reformasi membela rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page