top of page

Calon muda hadapi tekanan, cabaran matangkan pimpinan masa depan

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
5 hours ago
1 min read
Adam Adli Kanan sekali menjawab soalan wartawan dalam sidang media di Melaka
Adam Adli Kanan sekali menjawab soalan wartawan dalam sidang media di Melaka

Pakatan Harapan (PH) mengakui calon muda berdepan pelbagai tekanan dan kritikan, khususnya berkaitan pengalaman dan kemampuan berkomunikasi, namun peluang perlu diberikan kepada golongan berkenaan untuk membina keupayaan sebagai pemimpin masa depan.


Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, pengalaman dan kematangan tidak akan dapat dibentuk sekiranya golongan muda terus dinafikan peluang untuk memikul tanggungjawab lebih besar, termasuk sebagai calon pilihanraya.


Beliau berkata, calon muda sememangnya akan berdepan perbandingan dengan pemimpin berpengalaman, terutama dari segi kemahiran berkomunikasi dan kemampuan mengendalikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.


"Tapi itulah yang kita harus lihat sebagai sebuah realiti. Kalau tidak dimulakan dari sekarang, maka kita tidak mampu bangunkan pengalaman yang lebih lengkap daripada golongan ini.


"Mana-mana parti politik pun yang pacak bendera, pasang kain rentang, kumpul orang untuk ceramah, edar poster, suruh bergaduh dalam sosial media adalah orang muda tapi jadi calon tak boleh muda. Susahlah macam itu," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran manifesto 'Aspirasi Melaka Rumah Kita' oleh Pakatan Harapan (PH) di Bilik Gerakan Utama PH, di Ayer Keroh.


Adam yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, kelainan pendekatan komunikasi antara calon muda dengan pemimpin berpengalaman tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyekat penyertaan generasi baharu dalam politik.


Beliau berkata, golongan muda perlu diberikan peluang untuk menimba pengalaman serta membuktikan keupayaan masing-masing melalui penglibatan secara langsung dalam kepimpinan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page