top of page

Calon KEADILAN Dekat Dengan Rakyat

Updated: Mar 11, 2022



Oleh: Andre Lai


ULASAN: Baru-baru ini, saya membaca artikel berkenaan konsep Maslow’s Hierarchy of Needs oleh Profesor Abraham Maslow pada 1943.


Mengikut penyelidikan “A Theory of Human”, setiap manusia mempunyai keperluan asas yang mendorong kecenderung perwatakan masing-masing. Ia berdasarkan 5 tahap keperluan, bermula dari fisiologi asas (physiological), keselamatan (safety), sosial (social belonging), keyakinan diri (esteem) dan kesempurnan hidup (self actualization).


Mengikut teori ini, semua manusia mempunyai hierarki keperluan yang sama. Fokus pada mulanya atas keperluan seperti makanan, tempat tinggal, kos sara hidup dan kemudiannya mencapai ke arah keperluan yang lebih fokus seperti hak asasi dan pembasmian rasuah demi mewujudkan persekitaran yang kondusif.


Penyelesaian bantuan Covid jangka pendek


Pandemik Covid 19 telah masuk tahun kedua dan terus mengeruni rakyat Malaysia. Segala kebiasaan yang kita ketahui telah berubah sama sekali. Rakyat telah sampai ke jalan buntu apabila sumber pendapatan terjejas, menyebabkan ramai telah jatuh ke tahap yang memerlukan fisiologi asas, iaitu makanan dan tempat tinggal asas.


Untuk kesinambungan kehidupan, rakyat mencari apa jua jalan demi mendapatkan makanan di atas meja makan. Ramai, termasuk anak muda terpaksa bergantung kepada bantuan kerajaan. Pada mulanya inisiatif kelonggaran lesen perniagaan, pengeluaran KWSP dan moratorium seolah-olah memberi harapan, tetapi selepas seketika rakyat kembali kepada kesusahan ala nyawa-nyawa ikan. Ini adalah penyelesaian sementara daripada kerajaan PN & BN yang langsung tidak realistik. Pendek kata, ramai yang kaya menjadi miskin, ramai yang miskin akan bertambah miskin.


Kempen BN - PN tonjol kemewahan

Dr Tan membantu kempen, bersama calon DUN Benut

Pada kempen PRN Johor kali ini, kita dapat menyaksikan fenomena yang amat luar biasa. Misalnya, terdapat perlumbaan daripada gabungan politik yang masing-masing meraih kredit atas ‘kejayaan’ dalam vaksinasi walaupun berada di dalam kerajaan yang sama. Ada yang mengadakan makan malam mewah dan hiburan persembahan untuk menarik perhatian pengundi. Ada yang juga menunjukkan kemegahan personaliti dengan kumpulan pengikut yang ramai. Mungkin mesej sebegini disengajakan agar rakyat lupa bahawa hakikat kerajaan sedia ada telah gagal menjalankan pentadbiran dengan baik?


Sebenarnya, telah menjadi kenyataan bahawa keadaan Covid 19 tidak akan banyak berubah dalam masa terdekat. Rakyat lebih cenderung kepada telinga yang sedia mendengar, dan iltizam pemimpin yang lebih proaktif menyelesaikan masalah. Isu keperluan asas penting, pada masa yang sama agenda reformasi harus diketengahkan. Ini terbukti dalam maklumbalas kaji selidik PRN Johor baru-baru ini (yang saya terlibat sama), lebih ramai pengundi memberi keutamaan kepada kos sara hidup yang tinggi.


KEADILAN bariskan calon pro rakyat


KEADILAN di PRN Johor mempamerkan calon-calon yang terdiri daripada golongan akar umbi. Mereka mungkin bukan dari dinasti keluarga bangsawan atau graduan daripada institusi tinggi tersohor luar negara, namun mereka adalah golongan pemimpin yang sering mendekati penduduk setempat seperti calon N53 Benut, Sdr Haniff Ghazali. KEADILAN telah dicuba dan diuji (tried and tested) selama ini. Saat-saat genting sebegini lah, kami perlu pemimpin yang peka dengan dunia nyata.


Saya berharap KEADILAN dapat diberi peluang kali ini.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page