top of page

Cadangan tubuh Jawatankuasa Khas elak kemelut politik tarik sokongan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Sebuah jawatankuasa khas wajar ditubuhkan bagi mengkaji perundangan yang mampu menjamin kestabilan politik negara, kata mantan ADUN Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar).


Beliau menegaskan, langkah tersebut penting susulan amalan politik tidak sihat yang masih berterusan sehingga menjejaskan kestabilan kerajaan, sebagaimana yang berlaku di Negeri Sembilan baru baru ini.


"Satu jawatankuasa khas mengkaji perundangan yang boleh menjamin kestabilan politik dan kerajaan wajib dilakukan segera," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, budaya politik yang cenderung menjatuhkan kerajaan melalui taktik menarik sokongan ahli Dewan Undangan Negeri hanya akan mengundang ketidakstabilan yang lebih besar.


"Selagi mana ahli politik berterusan berpolitik untuk saling menjatuhkan kerajaan yang memerintah dengan taktik membeli dan menarik ahli dewan, ia akan mewujudkan suasana yang tidak stabil dan mengganggu gugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial itu sendiri," jelasnya.


Tambah beliau, kelemahan dalam sistem sedia ada perlu diakui dan ditangani secara tuntas bagi mengelakkan manipulasi oleh pihak tertentu.


"Kena akui sistem kita masih ada kelemahan yang besar dan mudah diperalatkan oleh politikus yang rakus," katanya.


Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar jawatankuasa yang ditubuhkan bersifat bebas serta benar-benar berfungsi demi kepentingan negara.


"Jawatankuasa ini mestilah bebas dan bermatlamatkan demi kepentingan negara," ujarnya lagi.


Untuk rekod, sebelum ini pada Disember 2025 kerajaan Pas Perlis juga tumbang apabila sekutunya, ADUN dari Bersatu menarik sokongan terhadap Menteri Besar (MB) Mohd Shukri Ramli yang dianggap menjadi inspirasi kepada tindakan UMNO Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap MB Datuk Seri Aminuddin Harun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page