top of page

Elaun Pasca Cuti Bersalin langkah tepat perkasa tenaga kerja wanita

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Inisiatif Elaun Pasca Cuti Bersalin yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu disifatkan sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh peranan wanita dalam dunia pekerjaan dan institusi keluarga.


Ketua Wanita KEADILAN Kuantan, Sridayu Samsuri (gambar) berkata, pengumuman tersebut bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi turut mencerminkan pengiktirafan terhadap sumbangan wanita.


"Inisiatif Elaun Pasca Cuti Bersalin ini adalah satu langkah yang sangat signifikan dan tepat pada masanya. Berita baik yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi satu bentuk pengiktirafan terhadap peranan besar wanita dalam dunia pekerjaan dan institusi keluarga," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, tambahan 30 hari sokongan kewangan selepas tamat cuti bersalin dengan kadar bayaran 80 peratus memberi kelegaan kepada golongan ibu.


"Tambahan 30 hari sokongan kewangan selepas tamat cuti bersalin, dengan kadar bayaran 80%, memberi ruang kepada ibu untuk benar-benar pulih dan menyesuaikan diri tanpa tekanan kewangan yang melampau. Ini penting untuk kesejahteraan ibu dan anak, serta kestabilan emosi keluarga," ujarnya.


Tambahnya, dasar tersebut juga mampu menangani isu pengunduran wanita daripada kerjaya yang sering berlaku namun kurang diberi perhatian.


"Lebih penting, inisiatif ini juga membantu menangani isu pengunduran wanita daripada kerjaya — satu realiti yang sering kita lihat tetapi jarang ditangani secara tuntas," katanya.


Beliau menegaskan bahawa wanita tidak seharusnya dipaksa membuat pilihan antara kerjaya dan keluarga.


"Wanita tidak sepatutnya dipaksa memilih antara kerjaya dan keluarga. Dengan dasar seperti ini, kita sedang membina ekosistem kerja yang lebih adil, inklusif dan berperikemanusiaan," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page