top of page

Cabaran global: Tiba masa Kementerian Ekonomi teliti langkah baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read
Akmal mahu teliti keterjaminan bekalan dalam suasana krisis global
Akmal mahu teliti keterjaminan bekalan dalam suasana krisis global

Kementerian Ekonomi bakal mengambil pendekatan menyeluruh merangkumi pengurusan keperluan semasa serta perancangan strategi jangka panjang bagi memperkukuh struktur ekonomi negara.


Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan daya tahan ekonomi negara dan keterjaminan bekalan bahan input utama terjamin susulan ketidaktentuan geopolitik dan krisis global ketika ini.


"Dari sudut krisis semasa, keutamaan ketika ini sudah tentu untuk memastikan keterjaminan bekalan bagi membolehkan aktiviti ekonomi terus berlangsung dalam keadaan stabil.


"Kita juga merujuk kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bermesyuarat setiap minggu bagi menilai keperluan intervensi kerajaan untuk terus meningkatkan daya tahan negara dalam menghadapi konflik dan krisis bekalan global," katanya dipetik.


Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja ke tiga syarikat di bawah Konsortium Pembungkusan Termaju Malaysia (MAPC) di Batu Kawan semalam.


Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang serta Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin.


Sementara itu menurut Akmal Nasir, kementeriannya turut meneliti langkah menstruktur semula kekuatan ekonomi negara dan membina keupayaan baharu supaya negara dapat lebih bersedia menghadapi cabaran untuk jangka panjang.


Beliau berkata terdapat beberapa pendekatan utama yang sedang diberi perhatian kementerian dalam menguruskan kesan krisis, termasuk mengawal impaknya terhadap rakyat.


"Kita mahu memastikan kelangsungan ekonomi dan kehidupan rakyat terus terpelihara, dalam jangka panjang kita juga perlu mencari jalan untuk memperkukuh struktur ekonomi negara serta membuka peluang yang lebih baik demi masa depan negara," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page