top of page

Bersolidariti bersama Palestin sempena sambutan Hari Nakba

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 18 minutes ago
  • 1 min read

Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman (gambar) menyeru masyarakat dunia untuk terus menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin menjelang sambutan Hari Nakba bagi memperingati pengusiran kira-kira 800,000 rakyat Palestin dari tanah air mereka.


"Pastikan kalian bangkit bersungguh-sungguh pada 15 Mei ini, meraikan bersama-sama hari ulang tahun pengusiran sekitar 800,000 penduduk dari bumi mereka.


"Pertahankan hak mereka dan berikan mereka peluang untuk kembali pulang ke tanah air asal mereka serta pastikan genosid dapat dihentikan bersungguh-sungguh," ujarnya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.


Sementara itu dipetik laporan berita, sebanyak 54 kapal misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) berlepas dari Marmaris, Turki pada Khamis bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.


Menurut Nadir Al-Nuri, misi itu merupakan perjalanan terakhir flotila berkenaan bagi menembusi sempadan Gaza dan memastikan laluan bantuan kemanusiaan melalui laut dapat dibuka serta dikekalkan.


"InsyaAllah, 54 buah kapal akan bergerak, lima daripadanya adalah hasil gabungan kita bersama-sama dengan Freedom Flotilla Coalition.


"Ia membawa lebih 500 peserta yang datang dari hampir 60 buah negara untuk bersama-sama sampai kepada penduduk yang berada di bumi Gaza," katanya.


Beliau sementara itu menyifatkan misi flotila kali ini sebagai peluang terakhir untuk masyarakat antarabangsa bertindak dalam memperjuangkan pembebasan Palestin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page