top of page

Berkonvoi di tengah krisis minyak, Pas tidak bertanggungjawab 'bakar' subsidi rakyat - Mahfuz

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • 2 hours ago
  • 2 min read
POSTER digital program Konvoi Bersama 4 MB SG4 yang dimuat naik di laman Facebook Pemuda Pas Malaysia, 30 Mac 2026.
POSTER digital program Konvoi Bersama 4 MB SG4 yang dimuat naik di laman Facebook Pemuda Pas Malaysia, 30 Mac 2026.

Rancangan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan konvoi besar-besaran di Terengganu esok di tengah negara berdepan krisis bahan api menunjukkan parti Islam itu tidak sensitif dan bertanggungjawab.


Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar berkata konvoi 'membakar' wang subsidi melibatkan empat menteri besar pembangkang itu dianggap memalukan kerana dalam masa sama mereka masih bergantung kepada bantuan Pusat.


"Bagaimana pemimpin yang masih memerlukan bantuan Pusat boleh secara terbuka menggalakan pembaziran subsidi rakyat?


"Tangan kanan minta bantuan Pusat, tangan kiri bakar subsidi rakyat. Ini bukan politik matang tapi politik tidak berakal," bidasnya dalam kenyataan.


MAHFUZ OMAR
MAHFUZ OMAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khasnya sebelum ini meminta rakyat berjimat dalam penggunaan minyak ketika krisis tenaga global.


Bekas pemimpin Pas itu berkata demikian ketika mengulas program 'Konvoi bersama MB PN' yang dijadual di Kuala Nerus, Terengganu pada 4 April.


Konvoi itu merupakan sebahagian daripada program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kelima dan Himpunan Alam Melayu 2026 di Kuala Terengganu.


Dalam keadaan dunia berdepan ketidaktentuan tenaga akibat konflik geopolitik, banyak negara mengambil langkah penjimatan, jelas Mahfuz.


Katanya pesanan Perdana Menteri berkaitan perkara itu adalah satu langkah bertanggungjawab dan berasaskan realiti semasa dunia.


Namun kata beliau, pembangkang di Malaysia memilih untuk berarak membakar minyak.


"Pas dan PN pilih jalan songsang. Ini menunjukkan mereka tidak memahami krisis global

dan tidak menghormati kesusahan rakyat


'Mereka sanggup sabotaj mesej nasional demi kepentingan politik sempit. Lebih ironik, dalam Islam sendiri jelas melarang pembaziran," jelas beliau.


Bagaimanapun, Mahfuz yang pernah menjadi pemimpin kanan Pas berkata pemimpin parti Islam itu kini seolah-olah memilih untuk mengetepikan prinsip tersebut demi persepsi politik.


"Hakikatnya minyak yang dibakar dalam konvoi itu adalah subsidi rakyat. Setiap kilometer konvoi adalah duit rakyat yang hangus," ujarnya.


Jelasnya, kerajaan menyeru rakyat berjimat untuk masa depan negara namun pembangkang mengajak rakyat membazir untuk kepentingan politik.


"Ini bukan kepimpinan. Ini kegagalan. Jika inilah tahap pemikiran pemimpin Pas/ PN, maka rakyat berhak bertanya adakah mereka benar-benar layak mengurus negeri, apatah lagi negara?"

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page