top of page

Kes 'mafia korporat' sejak 2018, mengapa waktu PN jadi kerajaan tidak bertindak?

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Pembangkang Perikatan Nasional (PN) mengkritik kerajaan berhubung kes ‘mafia korporat’ yang didakwa melibatkan ahli perniagaan Victor Chin Boon Loong dan kononnya tidak disiasat secara telus oleh Kerajaan Madani.


Sedangkan, menurut aktivis Pakatan Harapan, Syam Ghaz, kes terkait ahli perniagaan itu telahpun wujud sejak sebelum 2018 lagi. Malah ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan (2020 - 2022) ahli perniagaan berkenaan didakwa bebas mengumpulkan aset bernilai ratusan juta.


"Zaman Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri (PM) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang jadi Duta Timur Tengah, kenapa PN dan Pas bisu?


"Hanya zaman MADANI berani buka balik kes ini dan tahan Victor Chin serta 10 yang lain disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Ops Viking dari 15 Oktober 2025 hingga 13 Januari lepas.

Syam Ghaz
Syam Ghaz

"Victor Chin umum dia bayar seorang tokoh politik RM9.3 juta untuk selesaikan kes dia, mulanya bagi ‘hint’ kata Ahli Parlimen KEADILAN, (yang) terbaru bukan pula (Ahli Parlimen KEADILAN) dah," katanya dalam satu kenyataan.


Syam Ghaz menyifatkan berita membabitkan parti politik secara semberono tanpa bukti berpotensi mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan, memandangkan tiada maklumat terperinci didedahkan selain retorik politik.


Bidasnya, ketika era Kerajaan Perpaduan, PN dilihat lantang mendesak siasatan terhadap dakwaan ‘mafia korporat’ namun sepanjang 33 bulan mentadbir negara sebelum ini, perkara berkenaan tidak digerakkan.


"Bila (PN) jadi pembangkang balik, salahkan kerajaan yang tangkap Victor Chin yang terlibat pengubahan wang haram," sinisnya.


Semalam, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, skandal yang dinamakan mafia korporat telah pun wujud sejak sebelum 2018, merentasi beberapa pentadbiran kerajaan terdahulu.


Beliau yang juga Ketua Penerangan KEADILAN, berkata perkara itu adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh hasil siasatan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi melahirkan kehairanan mengapa tiada tindakan lanjut diambil oleh kerajaan sebelum ini terhadap individu berkenaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kegiatan mafia korporat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page