top of page

Belanjawan Selangor 2027: Penunggang p-hailing terima baucar RM1,200 setahun

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
11 minutes ago
1 min read

Sumbangan penunggang p-hailing dalam menggerakkan ekonomi Selangor mendapat perhatian dan pengiktirafan kerajaan negeri


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi pembentangan Belanjawan 2027 semalam memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan menyalurkan Baucar Kita Selangor Gig bernilai RM1,200 setahun sebagai galakan untuk golongan tersebut menyertai program latihan pendedahan teknologi.


"Kerajaan Negeri amat menghargai peranan yang dimainkan oleh penunggang p-hailing tanpa mengira panas mahupun hujan.


"Kita sedar masih ramai penunggang p-hailing berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Bagi mengatasi cabaran ini, kerajaan negeri akan menyalurkan Baucar Kita Selangor Gig sebanyak RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.


"Baucar ini akan disertakan bersama program latihan pendedahan teknologi serta peluang menceburi industri baharu menerusi modul latihan ekspres," katanya dipetik.


Sementara itu menurut Amirudin, program latihan akan dilaksanakan Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) dengan kos keseluruhan sebanyak RM10 juta termasuk latihan.


Kerajaan Negeri menyasarkan 5,000 anak selangor yang bekerja sebagai penunggang p-hailing berdaftar menerima manfaat tersebut.


Sementara itu katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM12 juta bagi memperkasakan rakyat di negeri ini supaya mereka dapat menikmati manfaat produktiviti yang boleh dijana menerusi teknologi Kecerdasan Buatan (AI).


"Dengan kerjasama STDC dan Google, kerajaan negeri akan menawarkan akses Gemini Enterprise kepada 50,000 rakyat Selangor selama setahun berserta pakej latihan dalam talian dan secara bersemuka.


"Latihan ini akan memberikan kemahiran kepada 50,000 rakyat Selangor daripada pelbagai latar belakang seperti pelajar, mahasiswa, usahawan, petani, pengusaha syarikat pemula mahupun warga emas untuk membangunkan sistem agentic AI bagi meningkatkan produktiviti serta memudahkan hidup masing-masing," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page