top of page

Belanjawan Selangor 2027 bakal bawa inisiatif perkasakan AI

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 12
1 min read
DS Amirudin di Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) 2026 di Shah Alam
DS Amirudin di Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) 2026 di Shah Alam

Kerajaan Selangor bakal memperkenalkan beberapa program baharu berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI).


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif menerusi Belanjawan Selangor 2027 yang akan dibentangkan Jumaat ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat negeri itu dalam teknologi berkenaan.


"Kita sudah memulakan program AI kepada agensi berkaitan pada tahun 2025. Namun, kita percaya AI tidak cukup sekadar digunakan dan difahami.


"Kita harus menjadi pencipta dan menguasainya. Teknologi itu boleh berubah menjadi sesuatu yang tidak terkawal sekiranya kita gagal menguasainya.


"Justeru, dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 13 November ini, terdapat elemen pendidikan yang akan kita terapkan. Kita berharap inisiatif ini dapat membiasakan rakyat dengan AI, bukan sekadar menjadi pengguna," katanya dipetik laporan media.


Amirudin berkata demikian pada Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) 2026 di Pusat Konvensyen Setia City pada Rabu.


Selain menumpukan teknologi AI, Belanjawan Selangor 2027 turut dijangka memberi perhatian kepada usaha meningkatkan kesedaran rakyat terhadap krisis perubahan iklim serta memperkukuh pembangunan ilmu.


Kedua-dua aspek itu menjadi antara tumpuan dalam usaha memperkukuh ekonomi negeri bagi menghadapi cabaran perubahan iklim dan perkembangan teknologi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page