‘Baru fasa runding dah kecoh’ – Amirudin sindir kerjasama BN-PN
- Azuan Ab Rahman

- Jul 27
- 1 min read

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) menyindir kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang didakwanya mula retak sebelum hari pengundian PRN Negeri Sembilan.
Menurutnya, perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika BN mengadakan kerjsama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.
"Baru ‘talking stage’ dah kecoh. Belum kahwin lagi ni.
"Pernah nampak perkara ini berlaku waktu BN-PH berbagi kerusi (pada PRN lalu) untuk elak pertembungan?," katanya dalam catatan di Threads.
Amirudin sebelumnya mengulas seruan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Sanusi Md Nor agar tidak hadir ke Negeri Sembilan sepanjang baki tempoh berkempen.
Ia susulan kenyataan kontroversi pengarah pilihan raya PN itu pada satu ceramah di Jempol yang disifatkan berpotensi menyentuh isu 3R (raja, kaum dan agama) yang turut diselar beberapa pemimpin BN.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos 2026 ini mempertandingkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
PH bertanding secara solo di semua 36 kerusi, di bawah persefahaman bersama, BN bertanding di 25 kerusi, manakala PN merebut baki 11 kerusi.
Majoriti mudah 19 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri, manakala kemenangan 24 kerusi akan memberi majoriti dua pertiga dalam DUN Negeri Sembilan.




Comments