Bantuan khas RM500 penjawat awam, pesara dibayar 13 Mac ini
- Suara Keadilan

- Feb 24
- 1 min read

Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak akan dibayar pada 13 Mac.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook turut memaklumkan, bantuan akan turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran RM250.
"BKK ini akan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.
"Pemberian BKK ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lepas mengumumkan pemberian tersebut yang bertujuan membantu penjawat awam dan pesara membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri.
Kerajaan MADANI pada 9 Februari lalu turut menyalurkan bantuan secara sekali beri berjumlah RM100 kepada semua warganegara berumur 18 tahun dan ke atas bagi persiapan Ramadhan dan sambutan Tahun Baharu Cina.




Comments