top of page

Azman Abidin bawa pengalaman pejabat PM ke Paya Rumput

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
8 hours ago
1 min read
Datuk Azman (berbaju putih) sering membawa misi bantuan pejabat PM kepada golongan memerlukan
Datuk Azman (berbaju putih) sering membawa misi bantuan pejabat PM kepada golongan memerlukan

Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Datuk Azman Abidin bagi kerusi DUN Paya Rumput pada PRN Melaka ke-16, bersandarkan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.


Pemilihan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri itu juga mencerminkan kesungguhan PH menawarkan calon berpengalaman yang mampu memahami keperluan penduduk, namun mampu menterjemahkannya kepada penyelesaian berkesan.


"Paya Rumput ini bukan tempat tangkap muat. Kita pastikan calon yang diturunkan ada pengalaman, ada kebijaksanaan dan paling penting tahu apa nak buat.


"Bila kita turunkan tokoh seperti Datuk Azman Abidin, seorang yang mempunyai latar belakang panjang dalam pentadbiran negara, ertinya kita tidak lagi main-main," kata Adam Adli Abd Halim dipetik laporan media.


Adam yang juga Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka berkata begitu pada Majlis Perasmian Bilik Gerakan DUN Paya Rumput dan Majlis Ramah Mesra Bersama Jentera dan Anggota Parti Cabang Tangga Batu.


Sementara itu menurutnya, pengalaman Azman berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri memberikannya pendedahan kepada proses penggubalan dan pelaksanaan dasar, pengurusan agensi kerajaan serta penyelarasan peruntukan.


Justeru kelebihan itu berpotensi membantu Azman memperjuangkan keperluan penduduk Paya Rumput dengan lebih berkesan, khususnya berkaitan pembangunan infrastruktur asas, kebajikan dan pembangunan komuniti.


"Kemajuan sesebuah kawasan memerlukan wakil rakyat yang bukan sahaja hadir mendengar masalah, bahkan mempunyai akses serta jalan penyelesaian pantas melalui sokongan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.


"Hubungan erat ini memastikan pelaksanaan projek infrastruktur asas, isu kebajikan dan pembangunan komuniti di Paya Rumput dapat disegerakan tanpa halangan birokrasi," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page