top of page

Ayam RM8.00: Kerajaan Selangor lebih baik daripada kerajaan Melayu - Islam



Oleh: Syed Mohd Al-Amin bin Tuan Sharif


ULASAN: Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah KEADILAN-PH pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari yang telah mengumumkan satu bentuk bantuan langsung kepada rakyat Selangor melalui penetapan harga ayam pada RM8.00 sekilogram beberapa hari lepas, dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat mendapatkan bekalan bahan mentah makanan.


Usaha Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menetapkan harga siling tersebut di premis jualan seliaan PKPS merupakan tindakan yang sangat membantu ketika mana rakyat sedang berhadapan cabaran kos hidup yang semakin meningkat serta harga bahan makanan yang tidak menentu.


Menteri Besar Selangor itu juga memberi jaminan bahawa sebagai permulaan sebanyak 50,000 ekor ayam standard telah diperuntukkan bagi kempen harga jualan RM8.00 yang bermula 7 Februari 2022. Ini bermakna, jika setiap rakyat Selangor dibenarkan membeli maksimum 2 ekor ayam maka seramai 25,000 orang rakyat Selangor mendapat manfaat terus dari usaha kerajaan negeri ini.


Beri subsidi langkah terbaik


Menurut Datuk Seri Amiruddin lagi Selangor mempunyai bekalan sebanyak 540,000 ekor ayam dan mencukupi untuk tempoh 3 bulan termasuk musim perayaan yang akan datang. Ini adalah satu manifestasi kawalan serta pengurusan industri makanan yang cekap dan baik oleh pihak kerajaan negeri dalam menjaga kesejahteraan rakyat.


Kerajaan KEADILAN-PH Selangor tersebut mengumumkan program intervensi menangani kenaikan harga ayam yang membebankan rakyat Selangor dengan peruntukan dana segera yang meliputi kos subsidi, pengurangan sewa dan bantuan logistik kepada rantaian bekalan strategik untuk mengawal harga barang makanan khususnya produk segar seperti ayam mentah dan telur.


Sesungguhnya usaha Kerajaan KEADILAN-PH Selangor yang dipimpin oleh sekumpulan orang yang terdiri dari pelbagai bangsa Melayu, Cina dan India ini sepertinya jauh lebih baik dalam soal menjaga kebajikan semua rakyat pelbagai kaum berbanding Kerajaan Pas Terengganu yang dianggotai oleh 100% YB Melayu-Islam yang telah memenangi kerusi empuk masing-masing dalam PRU14 lalu.


Untuk rekod, harga ayam mentah di Terengganu ketika ini dijual dengan harga sekitar RM8.90 sekilogram, sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat BN-PN-Pas.


Orang Melayu dapat manfaat


Walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada KEADILAN/PH yang dikatakan tidak menjaga kepentingan orang-orang Melayu tetapi usaha Kerajaan KEADILAN-PH Selangor ini jelas membuktikan bahawa orang Melayu yang majoriti dari golongan rakyat B40 inilah yang mendapat manfaat dari usaha-usaha ini.


Kita, rakyat Terengganu hanya mampu berdoa semoga Kerajaan Negeri Pas Terengganu yang bernilai lebih RM2 bilion setahun ini melakukan lebih banyak kebajikan langsung dalam usaha mengurangkan beban rakyat berbanding Kerajaan KEADILAN-PH Selangor yang sudah tentunya bukan “Kerajaan Melayu-Isle”.


Sehingga ke hari ini, sudah 3 penggal Kerajaan KEADILAN-PH Selangor menerajui negeri dengan cekap dan berkesan. Kini rakyat Selangor menikmati hasil langsung dari undi yang diberikan kepada KEADILAN-PH.


Sebagai bakal pengundi pada PRU15 akan datang, marilah sama-sama kita fikirkan apakah lebih baik memilih yang “melaungkan Islam” tetapi gagal mempraktikkan kesejahteraan Islam dengan berkesan kepada rakyatnya atau memilih yang tidak “melaungkan Islam” tetapi jelas mempraktikkan dan menzahirkan kesejehteraan Islam kepada rakyatnya.


Sama-sama kita fikirkan dan perhalusi perkara ini.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page