top of page

Asal Usul Kuih Bulan dan Reformasi



Oleh: Andre Lai


Perayaan Kuih Bulan adalah antara yang terpenting untuk masyarakat Cina di Malaysia. Perayaan ini disambut pada musim luruh hari ke 15, bulan ke 8 dalam kalendar Cina.


Sejarah kuih bulan sinonim dengan perubahan. Asal usul kuih bulan datang dari abab ke 14, semasa Dinasti Yuan memerintah negara China secara kuku besi. Rakyat pada masa itu, tertindas dengan dikenakan cukai yang tinggi dan undang-undang zalim. Mereka terpaksa mencari jalan untuk memulakan pemberontakkan. Oleh kerana pemantauan kerajaan yang tegas, rakyat menggunakan hidangan sejenis kuih untuk menyembunyikan mesej yang tersirat dalam makanan tanpa dikesan oleh pemerintah.

Andre Lai, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah

Mesej yang singkat ini menetapkan pemberontakkan pada satu tarikh dan masa, telah mencetuskan revolusi dan berakhir dengan tergulingnya kerabat diraja Dinasti Yuan. Secara kebetulan, pertukaran kerajaan jatuh pada musim luruh dan justeru tertubuhnya dinasti Ming pada tahun 1344. Kuih yang digunakan, telah menjadi kuih bulan yang kita nikmatinya hari ini.


Cerita dongeng atau tidak, kisah ini menceritakan pentingnya ada kemahuan untuk berubah. Iltizam rakyat pada 2018 misalnya telah mencetuskan tumbangnya kerajaan Barisan Nasional.


Pengkhianatan politik setahun yang sudah menjadikan Malaysia lebih derhagakan pembaharuan. Sekiranya di zaman dahulu yang serba kekurangan boleh mencetuskan revolusi, kita juga boleh mengubah takdir negara dengan adanya iltizam semangat reformasi.


Kepelbagaian wajar disambut baik, perayaan kebudayaan wajar kita raikan bersama. Ayuh, nyalakan tanglung sambil menyantapi Kuih

Bulan reformasi bersama!


Selamat Menyambut Pesta Kuih Bulan.


_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page