top of page

Arthur, Guna rayu perantau Johor pulang, beri undi kepada PH

  • Writer: Hasbul Ahmad
    Hasbul Ahmad
  • 1 day ago
  • 2 min read
Arthur Chiong Sen Sern menyeru pengudi perantau Johor pulang dan memberi undi kepada PH pada 11 Julai
Arthur Chiong Sen Sern menyeru pengudi perantau Johor pulang dan memberi undi kepada PH pada 11 Julai

Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 memasuki fasa awal dengan calon Pakatan Harapan (PH) menyeru para pengundi membuat pilihan yang diyakini agar mampu membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri.


Sehubungan itu, dua calon PH yang ditemui Suara Keadilan menyeru kepada perantau Johor yang tinggal di luar negeri ini supaya keluar mengundi dan memberikan mandat kepada gabungan itu pada PRN 11 Julai depan.


Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N51 Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern berkata rakyat perlu menzahirkan keyakinan kerana PH terbukti mampu membawa aspirasi dan harapan penduduk di kawasan berkenaan.


Beliau yang bertanding sebagai calon nombor empat menyeru pengundi memberikan sokongan padu kepada Pakatan Harapan pada hari pengundian nanti.


"Undilah saya, Arthur Chiong Sen Sern, calon Harapan bagi N51 DUN Bukit Batu. Sokong HARAPAN, undilah HARAPAN," kata Arthur.

Guna Balakrishnan
Guna Balakrishnan

DUN Bukit Batu menyaksikan persaingan lima penjuru. Arthur yang juga penyandang berdepan saingan calon Barisan Nacional (BN) R.K. Kumaran, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) M. Premanand, Parti Bersama Malaysia (Bersama) G. Tamili serta calon Bebas Datuk Kamaruzaman Ali.


Sementara itu, calon PH bagi DUN N27 Layang-Layang, Guna Balakrishnan menegaskan peranan setiap undi dalam menentukan masa depan kawasan tersebut.


Beliau secara khusus merayu kepada pengundi yang berada di luar kawasan supaya pulang menunaikan tanggungjawab demokrasi pada 11 Julai 2026, sambil menggesa mereka memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan.


"Saya merayu kepada pengundi-pengundi yang berada di Layang-Layang dan di luar kawasan supaya balik pada hari mengundi, 11 Julai 2026, untuk memenangkan calon Harapan," katanya.


Guna Balakrishnan bakal bersaing dengan penyandang terdahulu, Abd Mutalip Abd Rahim yang mewakili Perikatan Nasional (PN-Bersatu) dan calon BN, Chua Jian Boon.


Terdahulu, media melaporkan seramai 165,386 pengundi muda berumur antara 18 hingga 20 tahun layak mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.


Jumlah tersebut adalah dari keseluruhan jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada 11 Julai ini iaitu seramai 2,727,926 orang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page