top of page

AMK ketengahkan tokoh muda calon PRN Melaka

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
2 hours ago
1 min read
Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim. Gambar arkib
Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim. Gambar arkib

Beberapa tokoh muda daripada Angkatan Muda KEADILAN (AMK) bakal diketengahkan mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, senarai nama calon sudah dikemukakan untuk dipertimbangkan pimpinan parti.


"Dalam (PRN) Melaka ini, saya boleh beri jaminan bahawa memang akan ada calon daripada Angkatan Muda Keadilan yang akan diketengahkan.


"Calon-calon ini mampu menjadi antara sandaran untuk kita melakukan kejutan dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi,” katanya dipetik laporan media.


Muhammad Kamil berkata begitu selepas menyempurnakan Majlis Prapelancaran Coffee Table Book Anwar Ibrahim: Kisah Yang Dirakam di Putrajaya pada Khamis.


Mengulas mengenai persiapan menghadapi PRN Melaka, beliau berkata, gerak kerja di lapangan telah dimulakan, termasuk beberapa inisiatif pelancaran jentera yang dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu.


Gabungan itu jelasnya sudah bersedia menghadapi pilihan raya berkenaan namun keputusan mengenai bentuk kerjasama dengan parti lain masih terletak pada pimpinan tertinggi.

"Tetapi saya percaya bahawa kita tidak harus bergantung kepada kekuatan dan bina kekuatan sendiri," katanya.


PRN Melaka ke-16 akan berlangsung pada 14 November ini. Penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober , manakala pengundian awal pada 10 November.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page