top of page

AMK Kedah kecam poster palsu mahu roboh kuil jika BN-PH menang

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Ketua Angkatan Muda (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail membidas keras penyebaran poster palsu menggunakan logo lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang mengaitkan isu rumah ibadat sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai pembohongan melampau dan berniat jahat bertujuan menakutkan rakyat serta mengapi-apikan sentimen agama dan kaum.


Beliau menyifatkan, politik yang bergantung kepada ketakutan, pembohongan dan provokasi agama bukan sahaja tidak bermaruah, malah berbahaya kepada kestabilan negara.


Lebih memalukan, katanya, fitnah sedemikian menunjukkan betapa dangkal dan terdesaknya pihak tertentu dalam berpolitik sehingga sanggup menabur kebencian dan memutarbelitkan fakta demi meraih sokongan.


"Dalam KEADILAN, kami dididik oleh Presiden Datuk Seri Anwar untuk sentiasa memelihara kemajmukan masyarakat Malaysia serta mempertahankan prinsip keadilan, hormat antara agama dan keharmonian antara kaum.

Mohammad Fitri Ismail
Mohammad Fitri Ismail

"Politik yang membina kebencian dan menyebarkan fitnah seperti ini langsung tidak mencerminkan nilai perjuangan yang kami pegang," tegas beliau dalam kenyataan hari ini.


Menurut Mohammad Fitri, rakyat Malaysia perlu menolak politik murahan seperti itu kerana dasar kerajaan sentiasa berpaksikan perpaduan, kestabilan dan penghormatan terhadap kepelbagaian masyarakat, bukannya pendekatan ekstrem yang memecah-belahkan rakyat.


Beliau yang juga Ketua AMK Merbok menegaskan, tindakan undang-undang perlu diambil supaya budaya menyebarkan pembohongan dan propaganda berbahaya seperti itu tidak terus berleluasa dalam masyarakat.


Ujarnya, Malaysia tidak memerlukan politik yang menunggang kebencian sebaliknya negara memerlukan kepimpinan yang matang, berintegriti dan berani berpolitik berasaskan fakta bukan fitnah.


Terdahulu tular satu poster dengan kapsyen "Kalau BN-PH tawan Kedah, kami akan pastikan semua kuil akan dirobohkan".

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page