Amaran, pihak guna hasutan kaum dikenakan tindakan tegas - PM
- Suara Keadilan

- Aug 30, 2024
- 1 min read

Pihak yang cuba mengggunakan hasutan perkauman atau kebencian di negara ini akan menghadapi tindakan lebih tegas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam amanat sempena Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, petang tadi.
Katanya, kerajaan akan mempertimbangkan untuk meminda undang-undang sedia ada sekiranya peruntukan yang wujud tidak mencukupi menangani ancaman politik kebencian.
"Dalam kesempatan ini saya beri amaran, negara ini di tapak dan landasan yang sangat baik dan mampu diangkat cemerlang.
"Andai kata ada mana-mana kelompok kecil yang membawa hasutan kaum, ke arah keganasan dan kebencian dan permusuhan satu sama lain, saya tidak peduli apakah disenangi oleh media antarabangsa atau negara luar, tugas kita untuk selamatkan negara Malaysia tercinta ini.
"Dan kita gunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada. Kalau tak cukup kita pinda, tambah peruntukan undang-undang, ambil tindakan supaya nebara ini selamat dan dapat diangkat sebagai negara hebat di rantau dan di dunia ini," katanya.
Beliau menyampaikan amanat itu diambang ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 67 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang dihadiri kira kira 7,000 orang.
Majlis anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu dihadiri oleh Menteri Kabinet, jentera perpaduan seperti Kawasan Rukun Tetangga, ahli Sekretariat Rukun Negara, ahli Kelab Rukun Negara, pertubuhan bukan kerajaan, agensi swasta dan orang awam.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan di Dataran Putrajaya dengan tema 'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.









Comments