top of page

AMANAH saran sambutan Aidilfitri sederhana di tengah konflik global

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyarankan semua peringkat organisasi dan ahlinya menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara sederhana dan berhemah susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat perang di Iran dan Asia Barat


Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil (gambar) berkata, ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti semalam berikutan saranan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya langkah penjimatan dilaksanakan.


Menurut beliau, AMANAH mengambil maklum bahawa konflik yang melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran berpotensi memberi kesan besar kepada ekonomi dunia.


"AMANAH menyarankan semua pertubuhan di semua peringkat dan ahli-ahli AMANAH untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini secara berhemah dan sederhana," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dalam masa sama, AMANAH menegaskan bahawa peperangan yang sedang berlaku perlu dihentikan segera demi memastikan kestabilan serantau khususnya di Asia Barat.


"AMANAH berpendirian bahawa Amerika Syarikat dan Israel perlu menghentikan segera perang terhadap Iran. Keamanan di Timur Tengan temasuk di Palestin perlu ditegakkan segera kerana perang ini boleh menyebabkan kesan besar kepada ekonomi global. Amanah berpandangan bahawa jika perang ini berterusan, Malaysia bakal berdepan situasi ekonomi yang mencabar," katanya.


Beliau turut mengingatkan pihak pembangkang agar tidak mempolitikkan konflik tersebut untuk meraih keuntungan politik.


Menurutnya, kenaikan harga minyak yang berlaku ketika ini merupakan kesan global akibat perang, namun AMANAH yakin Kerajaan Madani akan mengambil langkah sewajarnya bagi menstabilkan harga minyak dalam negara.


"Rakyat diseru untuk bersama kerajaan Madani membuat persediaan menghadapi sebarang cabaran ekonomi susulan konflik ini dengan mengamalkan perbelanjaan secara berhemah dan berjimat," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page