top of page

Agihan keuntungan Pertubuhan Peladang dilaksanakan sebelum Aidilfitri

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) mengumumkan pengeluaran Perintah Khas bagi membolehkan agihan keuntungan Pertubuhan Peladang bagi Tahun Kewangan Beraudit 2024 dilaksanakan sebelum Aidilfitri.


Menurut kenyataan Pejabat Menteri, keputusan tersebut dibuat atas pertimbangan kepentingan anggota peladang agar hak mereka tidak terjejas akibat isu tatakelola yang sedang ditangani.


"Perintah Khas ini adalah langkah khusus dan terhad kepada Tahun Kewangan Beraudit 2024 sahaja.


"Tatacara lanjut pembayaran akan dimaklumkan oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang dalam masa terdekat," katanya.


Kenyataan itu menjelaskan, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mencatat keuntungan sebanyak RM221 juta bagi tahun kewangan 2024, jumlah tertinggi sejak penubuhannya pada 1972.


Bagaimanapun berikutan penggantungan yang berkuat kuasa, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan sekali gus menjejaskan proses agihan keuntungan kepada anggota mengikut tatacara biasa.


"Sehubungan itu, Menteri menggunakan kuasa di bawah Seksyen 27(2) Akta Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109] untuk mengeluarkan Perintah Khas bagi membolehkan agihan dibuat secara sah dan teratur.


"Sebanyak 212 Pertubuhan Peladang di seluruh negara dikenal pasti layak melaksanakan pembahagian keuntungan, melibatkan jumlah keseluruhan dianggarkan RM25.8 juta yang akan memberi manfaat langsung kepada lebih 400,000 anggota peladang," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page