top of page

Ada Apa Dengan Rancangan Selangor-1?



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Membaca Rancangan Selangor Pertama (RS-1) pasti membuat kita kagum terhadap usaha reformasi yang diusahakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk merangka pelan perancangan pembangunan sebuah negeri secara holistik.


RS-1 menekankan konsep kesaksamaan (equality) sebagai teras agihan sumber kepada setiap kumpulan dalam demografi di Negeri Selangor. Konsep tersebut pernah ditekankan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengupas idea ekonomi manusiawi (Humane Economy), malah RS-1 dilihat turut mendakap semangat perjuangan KEADILAN seperti yang termaktub pada Fasal 5 Bahagian 5.10 yang menyatakan KEADILAN akan melaksanakan ekonomi yang adil serta dinamik apabila diberi peluang untuk berkuasa.


Rancangan 5 tahun serta indikator khusus


RS-1 dibentuk dengan beberapa perancangan dan indikator yang sangat khusus, setiap perancangan mempunyai alat pengukur yang jelas serta boleh dinilai dalam tempoh 5 tahun mendatang.

Mohd Fauzi Fadzil

Sesuatu yang perlu diberi perhatian adalah keseriusan RS-1 untuk membincangkan pelan pembangunan Negeri Selangor secara buta warna, tidak terdapat sebarang pernyataan di dalam dokumen tersebut yang membezakan inisiatif kepada rakyat Selangor berteraskan etnik.


Rakyat Selangor tanpa mengira latar belakang layak mendapatkan segala inisiatif dan perkhidmatan yang dijanjikan di dalam RS-1, perkara ini secara jelas menunjukkan semangat kesaksamaan sekali lagi dijunjung sebagai teras RS-1.


Tiga kumpulan diutamakan


Tiga kumpulan yang diberi perhatian khusus di dalam RS-1 adalah belia, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU). Perhatian khusus yang diberikan kepada warga emas dan OKU adalah bukti RS-1 sekali lagi merealisasikan semangat perjuangan KEADILAN yang termaktub pada Fasal 5 Bahagian 5.9 yang menyatakan KEADILAN akan memperjuangkan kemuliaan insan dan nilai ehsan.


Pengeluaran duit simpanan sehingga 3 atau 4 kali (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) menyebabkan warga emas terutamanya di Selangor terpaksa bekerja ataupun bergantung kepada kerajaan untuk bantuan. Keadaan kewangan keluarga yang menghimpit ini sudah tentu memberi kesan kepada peluang pembangunan golongan belia dan OKU, justeru 7 program khas telah diperkenalkan di bawah RS-1 khusus membantu 3 golongan yang telah dinyatakan tadi.


Penanda aras terbaharu pentadbiran PH


RS-1 menjadi penanda aras terbaru kepada pentadbiran kerajaan Negeri Selangor di mana ia tidak pernah dilakukan sebelum ini, malah tiada negeri lain di Malaysia yang berusaha membawa idea tersebut ke dalam pentadbiran mereka.


RS-1 boleh menjadi double edged sword kepada pentadbiran kerajaan Negeri Selangor, penanda aras yang sangat khusus diberikan kepada setiap sektor pembangunan akan diperhatikan oleh kawan dan lawan. Kegagalan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor untuk mencapai setiap penanda aras yang telah ditetapkan bakal mengundang serangan, namun pujian harus diberikan kepada YAB Datuk Seri Amirudin Shari atas kesediaan beliau menerima serangan tersebut (jika gagal).


Usaha untuk mengelakkan kegagalan perlaksanaan RS-1 adalah dengan mengambil pelajaran terhadap kegagalan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), kegagalan perlaksanaan RMK-11 adalah disebabkan oleh kurangnya autonomi yang diberikan oleh pentadbiran pusat kepada pentadbiran negeri untuk melaksanakan projek dan inisiatif yang terdapat di dalam dokumen tersebut.


Justeru RS-1 perlu mengambil iktibar dan cuba untuk memberikan autonomi dan kuasa perlaksanaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk sama-sama menyumbang kepada perlaksanaan inisiatif dan program RS-1.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Cabang Pandan


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page