top of page

8 keluarga asnaf PPR Desa Tun Razak terima bantuan baiki rumah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read
Dr Zulkifli dan DS Dr Wan Azizah bersama penerima bantuan membaiki rumah pusat zakat dan syarikat swasta
Dr Zulkifli dan DS Dr Wan Azizah bersama penerima bantuan membaiki rumah pusat zakat dan syarikat swasta

Lapan keluarga golongan asnaf dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak menerima bantuan berjumlah RM85,600 menerusi Program Baiki Kediaman Asnaf 2026.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dipetik laporan media berkata, setiap rumah menerima peruntukan RM10,700 disumbangkan Pemegang Wakalah terlibat, Sun Life Malaysia Takaful Berhad.


"Peruntukan bukan sahaja bagi dana make over (ubah suai) rumah namun turut disekalikan dengan sumbangan Bakul Rezeki serta bantuan tunai," katanya dipetik.


Terdahulu, Dr Zulkifi ditemui ketika mengadakan kunjungan kepada penerima bantuan pada Selasa.


Turut hadir ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Mohd Nizam Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia Takaful Berhad Noor Azam Mohd Yusof.


Sementara itu menurut Dr Zulkifli, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bakal meneruskan program membaiki rumah sebagai memberi sinar baharu dalam kehidupan mereka yang memerlukan.


Selain bantuan membaiki rumah menerusi program itu, MAIWP turut memberi bantuan umum termasuk bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500 dan bantuan sewa rumah RM124 kepada golongan asnaf.


Justeru, beliau menyeru pembayar zakat korporat dan individu bersama-sama melaksanakan kerjasama menerusi program kebajikan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page