top of page

400 pemimpin belia Pahang sertai program SejaTi MADANI X Belia di Kuantan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 9 hours ago
  • 1 min read
Pemimpin beliau Pahang diberi penerangan dalam program Santuni Pertubuhan Belia SejaTi MADANI X Belia
Pemimpin beliau Pahang diberi penerangan dalam program Santuni Pertubuhan Belia SejaTi MADANI X Belia

Kira-kira 400 pemimpin kelab belia dari seluruh Pahang menghadiri program Santuni Pertubuhan Belia SejaTi MADANI X Belia Peringkat Negeri Pahang 2026 yang berlangsung di Dewan Auditorium Sudirman baru baru ini.


Program anjuran Pendaftar Pertubuhan Belia itu bertujuan menggalakkan penglibatan aktif persatuan belia dalam program geran ekonomi SejaTi MADANI yang menyasarkan golongan berusia 18 hingga 30 tahun.


Menurut satu kenyataan, peserta yang mewakili kira-kira 100 pertubuhan belia itu diberikan pendedahan mengenai pelaksanaan program berkenaan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Madani sejak 2024.

Fakhrul Anuar (kiri) bersama pemimpn belia
Fakhrul Anuar (kiri) bersama pemimpn belia

Program itu kemudiannya diperluas kepada golongan belia secara khusus apabila diluncurkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari pada Februari lalu.


"Antara syarat kelayakan ialah penyertaan terbuka kepada pertubuhan belia berdaftar dengan ROY, dan pemimpin pertubuhan diwajibkan menghadiri program santuni ini bagi memastikan kefahaman menyeluruh," kata kenyataan itu.


Dalam pada itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kuantan turut memainkan peranan aktif dengan menghantar penyertaan belia ke program berkenaan.


Ahli Jawatankuasa AMK Kuantan, Ammar Fikri Abdul Razak berkata pihaknya telah menganjurkan sesi penerangan awal bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai belia.


"Kami telah membawa 14 kumpulan belia ke taklimat wajib ini," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Kelab Belia Teja Bandar Putra, Husna Hanani Abdul Rahim berharap program tersebut dapat membantu memperkukuh pembangunan ekonomi belia khususnya dalam kalangan beliawanis di kawasan setempat.


"Program ini diharapkan membantu para beliawanis di lokaliti untuk memajukan pembangunan ekonomi belia di ranting," katanya yang juga Penolong Ketua Penerangan KEADILAN Kuantan.


Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi bersama beberapa ketua ranting.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page