10 NGO terima Geran Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas Selangor
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Dana berjumlah RM50,000 diperuntukkan Kerajaan Selangor bagi penganjuran pelbagai program menerusi Geran Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas (GAPS) 2026.
Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata geran tersebut memanfaatkan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mereka melaksanakan pelbagai program atau aktiviti khas untuk warga emas.
"Geran Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas kita umumkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku agensi persekutuan negeri yang mana Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM50,000.
"Melalui program geran tersebut, NGO-NGO telah memohon dan berdasarkan permohonan dan kesesuaian, kita telah memilih hanya 10. Ia bukan berterusan mungkin tahun 2027 formatnya berbeza dan kita akan pantau dari masa ke masa.
"Kerjasama yang erat dan strategik bukan hanya antara kerajaan dan agensi, bukan hanya Kerajaan Negeri dan (pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi juga merentas NGO dan juga sektor swasta," katanya dipetik.
Anfaal yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer ditemui selepas merasmikan Jelajah Wanita Berdaya Tahan Selangor 2026 di Petaling Jaya.
Mengulas lanjut, Anfaal memaklumkan setiap program atau aktiviti yang dilaksanakan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor bagi memastikan geran dimanfaatkan sebaiknya seiring hasrat Kerajaan Negeri.




Comments