top of page

Ziyad Zolkefli tetap jaguh negara, sumber inspirasi kita

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Sep 2, 2021
  • 1 min read

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador menyifatkan penarikan balik pingat emas yang dimenangi oleh atlet paralimpik Muhammad Ziyad bin Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo amat mendukacitakan.


Namun beliau berkata, rakyat Malaysia tetap meraikan kejayaan beliau setelah memecah rekod dunia dalam acara lontar peluru.


"Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu wajar menjalankan satu siasatan lengkap disebalik insiden kelewatan memasuki bilik menunggu yang melibatkan pegawai Kontinjen Malaysia," katanya.


Farhash berpandangan, walaupun protes daripada kem Ukraine menghasilkan keputusan yang jelas bertentangan dengan semangat Paralimpik, sistem pengelolaan Sukan Paralimpik Tokyo harus dihormati.


"Saya berharap Ziyad kekal tabah dan sedar bahawa rakyat Malaysia tetap melihatnya sebagai jaguh Malaysia dan sumber inspirasi kepada kita semua ketika tempoh yang sukar ini.


"Semoga Kementerian Belia dan Sukan akan tetap memberikan imbuhan yang setara dengan kejayaan yang dilakar beliau," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page