top of page

Ziarah sambutan Deepavali jadikan titik persahabatan, perpaduan



Ziarah Deepavali Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di kawasan DUN Sungai Tua telah menjadi kebiasaan pada setiap sambutan Deepavali sejak beliau menjadi wakil rakyat.


Tahun ini MB berziarah ke rumah beberapa keluarga msyarakat India di Kampung Wira Damai, Batu Caves.


"Program (ziarah) biasa setiap tahun. Saya dapat layanan yang baik dari komuniti masyarakat, memeriahkan hubungan masyarakat India dan Melayu yang hidup aman dan damai di Sungai Tua dan Selangor," katanya ketika ditanya wartawan petang tadi sewaktu melawat rumah saudara Vinayagar a/l Sadasivam.


Amirudin berkata, masyarakat Malaysia perlu terus memupuk semangat muhibah dan tolerasi terutama musim perayaan untuk memastikan negara terus bersatu padu.


"Deepavali bagi peluang untuk kita saling kenal mengenal antara satu sama lain, lebih rapat dan rasa hormat dapat dibangkitkan terutama komuniti Melayu, India dan Cina. Kalau kita jadikan ini titik persahabatan, ia akan menjadi titik perpaduan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page