top of page

Ziarah Madani KEADILAN Sipitang santuni penduduk Kg Paison-Ulau

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 20
  • 1 min read
Program Ziarah Madani KEADILAN Sipitang di Kampung Paison-Ulau
Program Ziarah Madani KEADILAN Sipitang di Kampung Paison-Ulau

Program Ziarah Madani diteruskan KEADILAN Sipitang, Sabah dengan menyantuni masyarakat di Kampung Paison-Ulau baru baru ini.


Dalam kenyataan Unit Media dan Komunikasi KEADILAN JPRD/JPRC DUN Sindumin, pimpinan KEADILAN dalam program itu telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang memerlukan oleh Timbalan Ketua Cabang, Presley Kurus, mewakili Ketua Cabang, Wendey Agong Baruh.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Sipitang merangkap Pengurus Kempen, Media Komunikasi JPRD DUN Sindumin, Junaidah @Junn Makku, program tersebut sejajar dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan sosial dan keprihatinan terhadap rakyat, khususnya di kawasan pedalaman.


"Ziarah sebegini mengingatkan kita bahawa perjuangan sebenar adalah di lapangan, di lorong-lorong kampung dan di depan pintu rumah rakyat," katanya.


Turut hadir ialah Cikgu Rymond Isak Uta, Pengarah JPRD/JPRC; Mohd Saidi Ali dan Tn Shazrinshah Putra, PPL JPRP Pusat; John Padan, Pengerusi JKKK Kg Tanah Merah; Robin Luagan, Pengerusi JKKK Kg Melamam; Pimpinan Wanita, AMK dan jentera Cabang KEADILAN Sipitang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page