top of page

Ziarah Madani DUN Sungai Kandis sempena Hari Warga Emas Sedunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 5
  • 1 min read

Danish (kanan sekali) menyantuni warga emas dalam program Ziarah Madani DUN Sungai Kandis
Danish (kanan sekali) menyantuni warga emas dalam program Ziarah Madani DUN Sungai Kandis

Sempena sambutan Hari Warga Emas Sedunia baru baru ini, program Ziarah Madani DUN Sungai Kandis telah diadakan bagi menyantuni dan menzahirkan keprihatinan terhadap golongan warga emas yang sedang diuji dengan masalah kesihatan di sekitar Kampung Jalan Kebun.


Program tersebut diketuai oleh Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Sentosa, Danish Hairudin, bersama pimpinan KEADILAN Cabang Kota Raja dan jawatankuasa DM Jalan Kebun.


“Hari ini saya mengambil peluang menyantuni beberapa orang insan warga emas yang sedang diuji dengan ujian kesihatan dalam kawasan Kampung Jalan Kebun,” kata Danish dalam satu kenyataan.


Beliau yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia turut menyampaikan sumbangan peribadi serta sumbangan daripada Datuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada warga emas yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negeri.


“Saya mendoakan agar mereka diberi kekuatan dan sentiasa dalam lindungan serta dilimpahkan dengan rahmat Allah,” ujarnya.


Program Ziarah Madani ini merupakan antara inisiatif berterusan pimpinan tempatan KEADILAN untuk memperkukuh nilai kasih sayang dan kepedulian masyarakat, sejajar dengan semangat Malaysia Madani yang menekankan kesejahteraan sosial dan penghormatan terhadap warga emas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page