top of page

Ziarah komuniti perlu jadi salah satu strategi pilihan raya - Loh Ker Chean



Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, KEADILAN perlu menampilkan beberapa strategi baharu untuk menarik minat rakyat untuk mengundi Pakatan Harapan.


Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, strategi lama iaitu bertemu pengundi menjelang pilihan raya telah terbukti tidak lagi sesuai dengan keputusan buruk dalam siri Pilihan Raya Negeri sepanjang lebih 6 bulan lalu.


Katanya, sudah tiba masa untuk parti memperhebat usaha mendekati pengundi lama sebelum PRU terutama sebagai sebuah parti berteraskan Reformasi yang prihatin dengan nasib rakyat.


"Saya mengimbau pengalaman sebagai Pengarah Program Komuniti sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Australia Selatan beberapa tahun lalu yang mana saya terlibat secara langsung dalam aktiviti menyantuni golongan warga emas bagi memastikan kesihatan mental mereka terbela dan terpelihara.


"Program tersebut yang dinamakan “Skim Ziarah Komuniti” atau “Community Visitor Scheme” menugaskan sukarelawan-sukarelawan untuk menziarahi kediaman warga-warga emas yang tinggal bersendirian atau bersama pasangan bagi menjadi kawan dan teman berbual mereka.


"Impak daripada program tersebut adalah signifikan. Warga-warga emas yang menerima kunjungan sukarelawan-sukarelawan bukan sahaja menjadi semakin ceria tetapi secara tidak langsung turut memiliki hubungan yang lebih kukuh dengan anggota-anggota keluarganya yang tinggal berasingan," katanya.


Justeru, calon nombor 50, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) itu mahu melancarkan inisiatif Skim Ziarah Komuniti yang bagi menyumbang salah satu gerak kerja ke arah PRU 15.


Katanya, program yang berjaya di Australia berkenaan boleh berjaya di negara ini memandangkan pendekatannya bukan terlalu berpolitik dan boleh dilakukan pada bila bila masa tanpa terikat dengan strategi kempen pilihan raya.


"Saya ingin lancarkan program yang sama untuk kita menambah jumlah medium atau wadah parti bagi menyantuni pengundi–pengundi menjelang PRU15.


"Ya, program ini bersifat politik kerana politik adalah satu bentuk khidmat masyarakat bagi memperbaiki kehidupan orang ramai.


"Saya percaya, program ini adalah sebuah program mampan yang mampu diteruskan walaupun selepas PRU15," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page